Penghinaan terhadap makam sahabat adalah haram
Kod: 420122 Tanggal: 2013/05/17 - 19:13Sumber: taghribnewsprint

Pengetua Darul Ulum Makki Ahlusunnah;
Penghinaan terhadap makam sahabat adalah haram

Penghinaan sekumpulan pelampau terhadap makam sahabat Nabi di beberapa negara Islam melahirkan kebimbangan para ulama dunia Islam terutamanya Syiah dan Sunni. 

 Penghinaan terhadap makam sahabat adalah haram
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengetua pusat pendidikan Darul Ulum Makki di Zahedan, Molavi Abdol Hamid Zehi dalam wawancara bersama Taghribnews (TNA) mengkritik perbuatan membongkar makam Hujur bin Adi. Beliau turut menekankan betapa pentingnya umat saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama.

Kesal dengan pembongkaran makam sahabat Nabi yag dilakukan oleh pengganas baru-baru ini, Molavi Abdol Hamid Zehi menegaskan bahawa pembongkaran kubur adalah haram dan tidak sah menurut syarak.

"Kesopanan adalah rukun asas dalam perintah agama Islam sehingga umat Islam harus menunjukkan penghormatan terhadap orang yang sudah meninggal dunia serta menjauhi sebarang komen yang boleh menghina mereka," jelas beliau.

Tambahnya lagi, "Seseorang muslim tidak boleh menggali mana-mana mayat, dan perbuatan itu tidak dapat diterima atas sebarang dalih."

Molavi menegaskan aksi seperti ini merupakan sebuah pengkhianatan terhadap ajaran Islam dan mereka yang melakukannya boleh dianggap murtad.

Sambil menyeru para ulama berhenti dari berdiam diri agar tidak menjadi motif gejala negatif, beliau berkata "Perbuatan terkutuk itu tidak pernah terjadi dalam sejarah Islam.

"Gerakan pelampau tersebut telah menyimpang dari jalan yang benar dan sudah menjadi tanggung jawab ulama Islam untuk menjaga orang awam dari jalan yang salah."

Molavi Abdul Hamid Zehi mengutuk sebarang tindakan yang tidak diredai agama dan menyatakan harapannya agar umat Islam sentiasa bersatu padu sambil mengelak sebarang perangkap antara budaya.

Ulama Sunni ini turut menyebut bahawa situasi ini boleh diatasi sekiranya para ulama bangkit dan bergerak berlandaskan dalil-dalil yang logik. 


 




E-Mel:
Nama:
Komen Anda:
Enter security code
erfan
ABNA World Service
Englishالعربية
Françaisاردو
Españolفارسی
Русский中文
DeutschTürkçe
Azeri (cyr) Azeri (ltin)
Melayu Indonesia
বাংলা हिन्दी
Swahili Myanmar
BosanskiABP sites
  Berita Terkini